Tag From Mummy Zura. Maaf ye lambat.. terlalu banyak waktu yang dihabiskan utk bekerja daripada bersenggang seperti biasa hehe.
Soalan-soalan nya adelah berbunyi..
1. Pertemuan kali pertama bersama suami
2. Pandangan peribadi tentang dirinya ketika awal perkenalan
3. Tempat dating dimana dia meluahkan perasaan terhadap anda
4. Berapa lama hubungan anda hingaa ke jinjang pelamin
5. Berapa usia perkahwinan anda?
6. Kejutan yang pernah diberikan kepada anda
7. Perancangan anda dan dia dalam rumahtangga
8. Bagaimana dia melayani karenah anak-anak
9. Hubungan suami anda denagn keluarga anda
Arakian dimeteraikan tag yang telah didapati di blog Mummy Zura. Begitu, untuk menyuntik sedikit kelainan dalam menjawab persoalan ; ingin lah diungkapkan dalam bentuk pantun.
***
Kalau dah kaya janganlah eksyen,
Kelak berkawan sudah tidak mahu,
Seksyen 2, barisan sama dengan 7 eleven,
Tahun 2000 dia menyapa malu.
**
Ewaaahhh…
**
Baju kurung Baju kebaya,
Dipakai sejak dahulu kala;
Tinggi segak tampan bergaya,
Berbudi bahasa dan pendiam pula.
**
Dunia kini dikejar masa,
Akibat manusia semakin tamaknya;
Perasaan bertaut sama dirasa,
Puncak Perdana saksi segalanya.
**
Burung merpati kemana perginya,
Hinggap dipohon buah delima;
Menyimpul kasih 2 tahun lamanya
Janji dipenuhi rombongan diterima.
**
Rintik hujan membasahi jua,
Termenung dijendela muka si tua;
Hidup berpasangan aman bahagia
Hujung tahun ini ulangtahun ke-2.
**
Hanya dipohon ular berbisa,
Terdapat buah ranum enaknya;
Kejutan hanya yang biasa-biasa,
Kerana kenangan yang diberi lebih bermakna.
**
Semoga rezeki diberkati halal,
Baru hidup aman sentosa
Doa semoga hubungan mesra kekal
Selagi dikandung hayat dan jiwa.
***
Okaylah, bye.